Monday, 3 September 2012

Sabar tunggu ''TURN''




Siapakah Jodohku ? Di manakah dia berada?

 Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku

 berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini

 padanya walaupun aku masih belum mengetahui

 siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari

 nanti dengan izin Allah, kita pasti akan

 bertemu jua...


Friday, 31 August 2012

Hati Saya untuk Kamu


kadang2 saya rasa saya xubah seperti daun2 kering yang berguguran pada awak buruk.tidak berharga.sampah. terfikir, sedar atau tidak awak akan adanya saya?akan wujudnya saya? 
betapa saya mendekati awak..semakin jauh awak meninggalkan.

saya berlari dengan harapan awk mengejar.saya berpaling..tiada awk dibelakang..hampa.sumpah saya benci itu. 

saya menangis..tertawa mungkin awak.
terserah.saya xharus marah pada kenyataan.

saya mencintai awak.awak mencintai dia,(pernah mencintai dia mungkin)..pura2 saya tidak nampak..saya cemburu.tapi saya senyum untuk awak.

saya terima awk mencintai dia melebihi awk mencintai saya. sebab cinta saya pada awk tidak bersyarat..awk berhak mencintai sesiapa pon..tapi saya hanya mencintai awk.




bila saya menangis.saya tidak akan memaksa awak untuk menangis bersama saya...cukuplah awak terdiam di depan saya.jgn berpaling dari saya..bila awk berpaling...hati saya pedih..saya nak awk faham itu..

saya hanya seperti lalang dalam hidup awak..yang sekadar awak pandang sebelah mata ditengah-tengah perjalanan awk..yang mungkin awk tidak perasan akan hadirnya saya di keliling perjalanan awk.

bila saya sedar akan wujudnya saya pada awk..sekadar seperti lalang..seperti daun2 kering..saya terasa seperti mahu bertanya pada awk..

"Bila awak akan meninggalkan saya..bilang tarikhnya..agar saya lebih bersedia dan tidak menjadi gila kerana awk’

tapi.saya fikir..kerana cinta itu maknanya anugerah..maka biarlah saya begini..mencintai awak secara sederhana..kalau awak bahagia tanpa saya..saya harus berbahagia untuk awak.. 


Tuesday, 28 August 2012

mari kita belajar camna nak detect bile kita kena kencing haha..


  • bila dia bercakap dia tak kan pandang kita..Generally, if someone is lying they will not look you in the eye, at least during a certain part of the conversation(tidak terpakai kalau muka korang ugly giler sebijik cam hantu pocong)


  • bila dia menipu, dia memang sebolehnye akan elak untuk pandang mata kita...otak yang menipu dengan mata yang melihat mmg susah nak bekerjasama..kalu kita tengok mata dia duk melilau lilau tu..adelah something yang xkena..okay? but then ada jugak si penipu ni try sehabis daya nak tengok mata kita sbb die taknak kantoi yang dia sedang menipu..in that case..xdapat nak tolong la..tu memang cilaka la der..


  • suara tiba2 berubah..kadang2 dia ada bunyi ehem2..tu sebenarnye dia tengah rest sekejap sebab nak cari idea nak menipu..kadang2 tone suare dia slow..and kadang2 tinggi..yelah nak suruh orang yakin yang dia cakap betul...dah dasar si penipu..ehem2 pon nak ditipu..


  • badan nampak gelisah dan dia buat mende2 seperti main2 jari..pegang kepala..or apa2 sajalah la..in other words, if they act nervous or uncomfortable..it could mean they're telling a lie...kadang2 kalau tiba2 muka dia tiba2 berubah pucat ke..merah ke..nah..tu tandanya memang ada yang xkena..(tidak terpakai bila kat depan kita ade orang mati kene bunuh pastu kepala terpotong dua)


  • dia tiba2 marah dan beria2 nak pertahankan diri..trust me..kalau orang yang menipu dan berbuat salah..dia memang akan jadi berang tiba2 bila kita tanya..bila dia bersungguh2 pertahankan diri dia..it usually mean that..die hiding something..so better watch out..


  • tukar tajuk cepat2..orang yang menipu..dia akan cepat2 tukar tajuk..sebab nanti dia takut kantoi..kalau dia tiba2 tukar tajuk yang xda relate ngn apa yang dibincangkan..maknanya adalah tu dia tipu something..guys remember bila dia tiba2 tukar tajuk..bermakna memang dia sedang menipu..silap2 haribulan.. everything, every word yang dia cakap adalah tipu termasuklah perkataan "and" pon nak tipu.


  • and last sekali..dia tiba2 bertukar jadik giler..macam tibe2 buat lawak bodoh ke..sebab dengan buat orang ketawa..dia akan dapat melarikan diri daripada kantoi menipu..

so..be careful ya dear..

moral of the story..
kalau nak menipu..pastikan tipu kaw2 jgn bagi sampai kantoi..
kalau nak menipu..please maka at least a copy..write or tape it so that..nanti xlupa apa yang ditipu hahaha:)




Brani lu kencing gua der..nah rasakan !!


p/s: darling..if your going to be two-faced;at least make one of them pretty..at least!!

stop!!kata-kata indah kau dah ketinggalan zaman lelaki!


bile seseorang lelaki yang ade HIDING AGENDA terhadap anda..kebiasaanya..drama ini akan berlaku..



lalink kite..
kite sayang awak melebihi diri kite sendiri
kite sanggup harungi segala2nye demi awak
sanggup mati demi awak
sanggup berenang dilautan api kerana awak
sanggup panjat gunung berduri kerana awak
kita ingat dekat awak siang dan malam
pagi dan petang
subuh sampai maghrib..


kita xpernah sayang siapa2 macam kita sayang awak..kalaulah dada ni boleh dibelah..awak akan tahu betapa sayangnya saya pada awak..
hidup ini adalah awak..nyawa ini adalah awak..segala galanya hanyalah awak
tiada perempuan yang paling cantik dimata saya melainkan awak..kecantikan awak seperti bulan..bulan pon xindah macam awak..


erk??


eh jap..jap..

wei giler!
kau ingat kau hidup zaman William Shakespeare ke?

Sastera dalam buku Komsas entah2 fail..
hiperbola lah sangat..
ingat dari subuh sampai maghrib konon..
bangun tido pon pukul 2 petang..
lautan api?kene habuk rokok pon masuk icu

weh..
cakap cantik macam bulan..
permukaan bulan tu berkutub kutub tau tak..
berlubang2..berkawah kawah..
tak belajar sains eh? kesian.sungguh.
konon indah..


kau hidup dizaman Mesapotamia dulu pon belum tentu perempuan makan kata2 indah kau tu..
kau rasa indah la sangat.
masalahnya ..
indah pon kau xtahu apa maksud
terkinja kinja cari dalam kamus dewan..

dahlah..
orang dah bosan itu semua.penat betul.huh..huh.tolong bagi air.dahaga.

ni nak tanya..

agak2 nanti lepas kawen berapa kau nak bagi bulan2?


agak2..
kereta Brabus minggu depan boleh ade kat parking rumah tak?
kejam sangat eh.
xpe..ringan sikit..mini cooper.kecik sikit.


tak de???
delete jelah kata2 indah kau tu
sebab tak boleh buat lauk makan nasi.

realistic la wei!

bai.

Tuesday, 10 July 2012

tips melupakan your ex yang macam celaka

here some tips how to get over and forget your ex...follow this insyallah it will help you enough..please darling.. stop remembering and stop thinking about that jerk..



-jangan pernah lagi berjumpa dengan your ex.jangan melakukan kesilapan like what u did before with your ex..macam pergi tengok wayang ke apa.sleeping with them ke...dont do this..dia hanya cari korang time diorang bosan..ingat tu.DONT MAKE SOMEONE A PRIORITY..WHEN THEY ONLY MAKE U AS AN OPTION!!!

-Don't be so naive as to believe that you will never love anyone as much as you love your ex..bila korang fikir mcm tu..sampai mampus korang akan terkenangkan die..what for?orang yang xpernah menghargai anda dont deserve to be remember!!

-INI PALING KORANG KENA ELAK..Don't find an excuse to ask them about any situation.contohnye tanya mak awk sihat?keje awk camne or please remind me again why we broke up? This will only hurt you in the end..seolah olah macam kamu still begging utk kembali bersama dia..sedangkan dia?pernah ke dia hiraukan korang?

-Don't tell him/her that you still love them..ini akan tambah melukakan korang lagik..jangan pernah sebut "saya masih xdapat lupakan awk la.."..dont darlings..please trust me..it wont help u..

-hapuskan segala barang2 yang boleh mengingatkan korang kepada ex korang like patung ke..teddy beer ke..or apa2..but be smart enough.. jgn buang things like LV bag ke..or some expensive stuffs hahaha..simpan je and anggap je your ex is like your bank account.:P

-Don't pretend like you are still together or think of yourselves as a couple. if ade orang tanya eh boyfriend awak camne?correct them..cakap korang dah clash..selagi korang pretend seolah2 korang kapel..selagi tu hati korang akan sakit.

-Checking your ex's facebook is a big NO!!itu akan buat korang makin sedih tengok gambar2 dia happy dengan kawan2 atau orang yg baru..kalau boleh remove dia dari friend list.bunyi macam kejam..but then..kalau itu akan membuat korang lagi better.,.just do that.

-Even if you feel like you hate them, don't bad-mouth them, it will just make you feel worse..kalau dia bodoh sbb tinggalkan kita..persetankan dia..jangan kita jadik bodoh duk maki2 dia sebab itu akan menghilangkan diri kita yang sebenar..dont change your attitude just because of someone yang xpernah MENGHARGAI korang!

-No Stalking!!!jangan pernah bertanya kawan2 korang ke..kawan2 your ex ke..jugak jgn pernah mendengar bile ade orang nak cerita tentang teman baru your ex..atau apa2 sajalah..jgn pernah bertanya dan jgn pernah mendengar!You don't need to know. You simply need to let it be..

i know it is very..very..very hard and hurt..but please..kita jangan pernah menjadi hamba cinta..kita jangan pernah sedih dan ingat orang yang xpernah ingat kat kita..

btw..
kalau korang pernah terfikir nak buat perkara bodoh seperti mahu membunuh diri..pastikan korang terjun dari tingkat paling tinggi..:P







so..time to..Delete. Forget. Format. Erase.happy trying..insyallah..:)

Thanks for reading this..

Tuesday, 12 June 2012

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::



Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL :')

Friday, 8 June 2012

if u want to be happy..make your life happy without anyone approval.


and sedikit nasihat dari saya..

this is the way i want to make my life happy..this is the way untuk saya mensucikan hati..menjauhkan prasangka dan hasad dengki pada orang lain..the way untuk saya melepaskan tension..the way untuk saya sedar bahawa saya ini terlalu kerdil dan lemah..the way untuk saya merasai cantik dan nikmatnya hidup sebagai hamba Allah dimuka bumi..the way untuk saya mengelakkan diri daripada menjadi org yang sombong..riak dan angkuh..


the only way that i love to make my life happy is..
MENDEKATI ALAM ALLAH untuk merasai cantiknya dunia..cantiknya ciptaan Allah..






So I'm just thinking about how much I don't want my life to be boring. There is so much I want to do and so many places I want to go..
and ..i did..




life is not about grades, money,clothes or colleges that accept you or not..


life isn't about if u have a lots of friends or if u are alone 

and is not about how accepted or unaccepted you are..


but life is about who u love and who u hurt..its about how u feel about yourself..its about trust and happiness..life is about avoiding jealousy and building confidence..is about what u say and what u mean..is about seeing people for who they are..not for what they have..



ust like everyone else..saya juga seorang manusia yang penuh dengan masalah dan kisah hidup yang lampau yang sangat2 mendukacitakan..zaman kanak2 yang maha susah..tapi.. saya tetap happy sebab saya mahukannya begitu...:)


Life isn't supposed to make you feel happy. It isn't meant to make you feel sad either. It's just there to make you feel.



Friday, 1 June 2012

apa yang saya patut buat bila saya tahu saya ni ugly?







-saya tak yakin dengan diri saya..
-saya gemuk..saya hitam..saya tak cantik..
-awk bleh la cakap camtu sbb awk xduduk tempat sy..
-muke saya banyak jerawat..
-boyriend
lari tinggalkan sy tuk perempuan yg lebih cntik..
-kenapa saya xcantik?kan best kalu saya cantik..

Oh, don't say that. If you start thinking you're ugly, people will start thinking the same. 
Just love who you are regardless of what you look.
Confidence is not just about being beautiful and being sexy. It's about how you carry yourself..is about what u feel about yourself..

ugly ni just mentality..bile korang merasakan diri korang tak cantik..maka trust me..korang tak akan kelihatan cantik..
korang sendiri memandang rendah pada diri korang.org lain apatah lagi..

and korang jangan terlalu memikirkan apa yg orang lain cakap tentang korang..jgn fikirkan apa pandangan org terhadap u all..
do they give you money?
do they make u happy?
they dont rite?

so u dont have to listen what other people say..
you are what you are..their approval isnt needed..

bile korang rasa korang tak cantik macam org lain lain..
dont..compare yourself with others.,
dont look at the mirror and start memandang rendah pada diri korang..ingat..You don't look like them, they don't look like you. You're unique. No one else looks like you!

dont try utk menjadi orang lain semata2 untuk kelihatan cantik... Don't change yourself to impress someone. The best thing to do is be who you are.
remember..!!!

orang yang cantik xsemestinya die cantik..
hidup diorang tak semestinye tenang..Keep in mind, You and You Only are your own worst critic..untuk mengelakkan diri korang dikritik..korang dulu at first..hargai diri korang..

buangkan mentality dalam diri korang yg selalu merasakan korang ni xcantik..xmenarik..korang jgn rasa rendah diri dengan apa yg korang dapat..When you look in the mirror, sometimes you may think you don't look good. but take this..syukur Allah tak jadikan aku cacat..alhamdulilah..


kalau korang gemuk..korang banyak jerawat ke...korang try la buat diri korang kurus..try rawat wajah korang dengan biasa2 je..jgn taksud..kalu korang xmampu merubah apa2..its okay..alhamdulilah..mungkin setakat itu Allah nak bagi kat korang..
then try la cara lain..
cantikkan diri korang dengan pakaian yang sopan..cantikkan korang dengan cara korang cakap, interaksi dan the way korang bergaul..
pokok pangkalnye..adalah confident bahawa korang adalah ciptaan Allah yang cantik dan istimewa..

ingat!!!!

First of all, you are not ugly! Everyone thinks that they have something wrong with them..korang rase org lain lagi cantik dari korang padahal maybe..diorang terpaksa bersakit sakit nak jadik cantik..so baik korang..natural je..

jgn pernah tanya kawan korang..wei hodoh ke aku hari ini?aku nampak gemook sgt erk?please dont!!!!

ignore what others say about you. sbb kadang2 org yang selalu kritik korang ni ada their own agenda kat belakang..maybe diorang cemburu ngn korang..or diorang saja nk buat korang rase down.Just be yourself! People will love you for it..biar org cakap..
die tu even xde la cun mana..tapi hati sgt baik..xpernah die mengeluh pasal die cntik ke tak.. see?


Remember, no one is 'ugly'. maybe bagi korang yg rase diri korang xcantik..korang akan cakap..cakap bleh la..tapi aku yg rasa..
not dear.., trust me.. 


everyone is special in their own way! Beauty is in the eye of the beholder!

and every morning bile bangun tido..tengok cermin..cakap kat depan cermin..alhamdulilah..and start ur day with a huge smile..and think that..u r so beautiful..simple as that..

Friday, 11 May 2012


few words from me wouldn't hurt kn..i guess..

u gossip about your friend behind their backs..u tahu keburukan dia..in front of her..pretending u care..pretending to listen but kat belakang...u spread gossip about her..u humiliating her at the same time..in front of her..u pretend that u protect her.. u such a $%^&4.

just because u pretty..u smart..u rich..your husband bloody handsome..you insults others , manipulates people, and even hates disabled people..u look down at others just because they are not like u..dont be mad..but u such a $%^&*.

You flirt with your friends' boyfriends/husband when they're not looking..your friend trust u sangat2..and even buat you jadi orang tengah..everything share dengan u..and secretly you ade affair dengan her man..u cheat her..u tak fikirkan perasaan dia only you and you on the top..and bila kantoi let say la..u cakap heyy its not me who start first...its him..but whatever it is..you are to be blame too..stealing your friend husband/boyfriend really make u like a #$%^&@.

u actually a bad girl..u busuk hati..u know that..u benci..jelous dengan somebody but u try to act innocent..and bila u jumpa a girl yang u rase tak berape nak baik..u sibuk2 pergi cerita dekat orang lain..padahal u 2 kali 5 je..but then..dengan bercerita tentang that someone..u happy sedangkan u just the same..u such a @#$%^&.

when u see pretty girls with a good attitude..u try to make her looks bad in front of others.u created a story like..dia sombong la..dia tu teruklah...sedangkan u sendiri tak pasti dengan benda tu..u benci kalau orang lain suka dia..u suka kalau orang lain benci dia..u such a %^&*.

u dahlah ambil hak orang..but then u badmouth orang tu plak..u dahlah sakitkan hati orang dengan perbuatan u..u tambah lagi nak sakitkan hati orang dengan WORDS u..u yang salah..tapi u tak nak kalah.so u sanggup buat ae saje untuk menampakkan HIS EX nampak buruk and u je the best..thats really not cool coz it will make u looks like a bloody $#%&.



you dont know anything but only to hate people..only to hurt people..only to critic people..if u such kind of girl..u know which type u are..a good girl or a #$$^&*...u know yourself well.:)

baik kah kite sebenarnya?

kite bersembahyang 5 waktu..beribadat siang dan malam tetapi kite tidak pernah mahu berbakti kepada saudara seislam kite yang sedang dalam kesusahan..baik kah kite sebenarnya?

kite tidak pernah mengumpat tentang dia tetapi setiapkali kite mendengar orang bercakap sesuatu yang buruk tentang dia..dalam hati kite turut mengeji dan memandang rendah pada dia..baikkah kita?

kite seorang yang alim dari segi ibadatnya..dari segi pakaiannya..kite mungkin ke mekah berkali kali..khatam quran berkali kali..tetapi bila kite melihat seorang yang JAHAT pada dulunya telah menjadi BAIK..kemudian kite berkata seperti  "ala..dulu dia bukan baik mcm ni..dulu dia kaki perempuan..dulu dia penipu..dulu dia banduan"...dengan amalan yang kite buat..dengan perbuatan kita..baikkah kita?

kite memberi nasihat kepada kawan kite..dah lah..jangan percaya pada seseorang yang hipokrit mcm tu..kau jangan berkawan dengan orang yang macam tu..kalau aku jadi kau..dari awal2 lagi aku tak kan berkawan dengan orang yang macam tu..sedangkan kite tahu..kite pon ORANG yang mcm tu dengan kawan kite..baikkah kita?

kite sentiasa menjadi pendengar yang baik kepada seseorang..kita ade disaat suka dan duka mereka..kita dengar tangisan mereka..kite dengar cerita mereka..tapi dalam hati kite mengutuk mereka..bosan betul lah aku dengar masalah dia..ishh kalau tak kerana nak bodek..tak kuasa aku nak melayan...baik kah kite?

kite sentiasa merasakan kite adalah yang terbaik..yang bagus..yang baik.
kite sentiasakan merasakan orang lain tidak baik..low class..
walau hakikatnya kite memang terbaik..dab orang itu memang terburuk,,namun..cukup baikkah kita??


"Bila melihat org2 jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana kejahilannya itu, sedangkan kita yg berilmu dan berakal ini pun sering bergelumang dengan dosa.

"Seandainya berjumpa dgn org2 jahat, janganlah menganggap kita lebih mulia darinya, sebaliknya anggaplah dia akan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.t. dimasa tuanya. -imam al ghazali..


makanya..hati jangan cepat menghakimi..:)

Tuesday, 3 April 2012

perempuan sangat mudah percaya dengan apa yang dia dengar dan lihat..
perempuan mudah menerima kata2 seorang lelaki tanpa berfikir panjang..without a second thought..and at last..perempuan jugak yang merasa sakitnya..

akan menjadi perkara normal bagi seorang lelaki berkata begini..

awklah yang pertama yang dapat buat saya bahagia.dalam ramai2 perempuan..
awklah yang paling special..
dalam ramai2 perempuan..awklah yang terbaik and saya tak mungkin dapat cari pengganti awk lagi..

even kite berpisah..saya janji tak kan lupakan awk .. saya tak pernah dengan mana2 perempuan seperti mana saya dengan awk...
oppsss..
wahai perempuan..jangan cepat perasan and melting dengan ayat klise sebegini..

i tell u what..sebelum kata2 ni di copy and di paste kan kat telinga korang..lelaki awal2 lagi dah copy and paste kan kat exs exss exssssssss dia..maybe sebijik2 or paling tidak pon lebih kurang...

tak dinafikan..pastinya dalam hati lelaki akan ada seseorang yang betul2 bertakhta kat hati dia..tapi kite sebagai perempuan jgn cepat melatah and terperasan.

too sad bila ada antara perempuan yang mudah percaya dan sanggup buat apa saja hanya kerana lidah sang lelaki..and bila ada orang nasihat sikit..mula lah keluar perkataan seperti:

" dahlah..aku percayA dia lah..dia dah cakap dia hanya syg aku sorang je".
"dia dah cakap aku perempuan yang paling dicintainya and dia dah janji tak kan lupakan aku"..

maka..jadilah satu episod perjalanan sebuah cinta yang penuh perasan dimana kite merasakan kita dah berjaya menjadi orang yang paling best dalam hidupnya padahal tak pun..and bila orang tu tak hargai kite seperti mana konon2 kitalah yg paling best tu..mula lah kita jadik ahli falsafah secara tidak langsung dengan mengeluarkan perkataan yang sedih2 dan ayat2 sajak yang maha kesian...mula lah terjadik gejala seperti mengupdate status sedih2 kat facebook.
( salah satu kesan sampingan)

tak salahkan lelaki coz kalau tak cakap camtu..nak cakap camne lagi kn??but sebagai perempuan..beringatlah..cintailah seseorang itu secara biasa2 je and cool2 je..

jangan terbang terlalu tinggi coz bila jatuh..sakit sangat dowh..no kidding.

Monday, 2 April 2012

i dont know how to tell you this but seriously..hati aku sangat hancur remuk redam..
and setiap hari aku selalu fikirkan ayat tak berperikemanusian macam ni kat diri sendiri..

kalaulah aku..
kalau..
kalau..
and kalau lagi..

and kalau tu memang sangat2 membunuh..
sebab ia macam kita menolak realiti..
Fish fishy fishery, I can't take this anymore..haish
okay now delete KALAU itu..
setel satu perkara.


and kesedihan tu kalau kita tak atasi..kita memang boleh jadik mereng..semakin aku menolak realiti..cuba untuk melarikan..semakin sakit dan menyakitkan..

so terbaik adalah..hadapi and bersemuka dengan kesedihan tu..apabila kita hadapi sesuatu tu depan2 mata..depan2 muka..memang ianya akan membuat kite double down berbanding dengan kite cuba avoidkan..tapi double down itu hanya sekali je kita rasa and after that..
insyallah kita okey..


pengajaran:jangan lari dari masalah..hadapi and lawan masalah tersebut.
setel perkara 2..

apabila sesuatu masalah itu dihadapi and dilawan depan2 mata..memang..rasa down or pedih and sakit teramat sangat..

so jangan biar diri duk layan blues sorang2..itu akan buatkan kite berfikir 30juta kali gande tentang apa yg terjadi..and itu akan memudahkan jalan2 ke pintu utama Hospital BahagiaTanjung Rambutan..


aku tak nak hidup aku dihurung rasa sakit and tersakit macam lalat tu..heck i hate this..
selain doa dan amal ibadat yang tak berapa sempurna..aku akan keluar berpelesaran dan menghiburkan hati dengan petikan gitar2 kegembiraan dengan kawan2..chewaaah ayat lirik lagu macam celak*.

setel perkara tiga..

i really hate this but sorry My blog's always so emo. Double haihs..

Thursday, 23 February 2012

bila dah masuk alam remaja sikit ramai jer orang mnanya bila ko nak kawen ni..?  hbis blajarnyer bila..? dah ada yg punya..? n bla bla...mcm2 la..


hurmm ntah la..aku pon tak tawu nak cakap apa bila orang tnya mcm ni..hanya mampu trsenyum ja...bukannya tak nak kawen tp masih blom brsedia...=)


masa tgh2 muda muda gila dulu prnah jugak target nak kawen bawah umo 25..tak nak kawen lambat2 takut nant lambat dapat baby..hahahha..kunonyer mine aku nih..tp skarang bila plajaran nombor satu suma tu urm ok la..ok la blajar la dulu..kalau org tnya lmbat kawen knapa..? ada juga reason AKU MASIH BLAJAR hahaha..


By da way smmgnya mmng nak kawen awal tp....kna kja dulu..cari duit satu gudang padi dulu baru nak kawen..nak capai sgala impian dan hajat yg aku nakkan...
tp kalau jodoh tu cpat aku trima ja..tp siapa yg nak kawen ngn aku ni..?

Tuesday, 3 January 2012

Ikhlaskah kita...........?




Perlu kita tahu kalau nak bagi sesuatu dekat orang..pastikan bagi dengan ikhlas even hanya sekeping roti..sebab apabila kita memberi sesuatu dengan ikhlas..orang yang menerima itu pasti akan merasainya..



tentang ikhlas ni kadang kadang kita selalu pandang remeh..kita bagi sesuatu kat orang lain so kita harap orang itu akan menghargai kita..padahal kita bagi tak ikhlas mana pon.bila orang tu tak menghargai kita dan apa yang kita lakukan..kita terus rasa kecik hati..

INGAT..
sesuatu yang ikhlas pasti akan masuk kedalam hati orang yang menerimanya..bukan setakat pemberian barang barang, nasihat, teguran dan cinta pon harus diberi dengan ikhlas..ikhlas yang sebetul betul ikhlas..

kadang kadang kita sedih kerana cinta kita tidak dihargai..padahal pernahkah kita terfikir..ikhlaskn kita mencintai dia?adakah kita mencintai dia hanya kerana rupa atau hartanya??

setiapkali kita sedih dan merasakan orang yang kita sayang tidak menghargai kita.akah kita cepat cepat cerminkan diri kita sendiri..ikhlaskah kita?

kadang kadang bila kita tolong kawan kita..pastu kawan kita take for granted je.. dan kita terus ungkit ungkit..marah marah dan sakit hati..

tapi pernahkah kita terfikir..
padanlah dia tak menghargai kita kerana kita sendiri tidak ikhlas melakukan nya..


sama juga dengan pujian..kadang kadang orang tu memuji kita berjela jela..tapi kita boleh rasa dia tak ikhlas puji kita..kadang kadang orang tu puji kita dengan satu ayat je..tapi masuk dalam dalam dlm hati kita..


Disini suka untuk saya katakan bahawa..ikhlas tu sangat penting..bukan pada kata kata..ikhlas pada hati..buat sesuatu dengan ikhlas even orang tak tahu..sebab orang yang menerima dengan ikhlas akan dapat merasakannya..

suka  juga saya nak share disini apabila kita sendiri ikhlas bersahabat dengan seseorang..ikhlas memberi dan menyayangi seseorang..pasti orang yang menerima itu dapat merasainya dan menghargai kita..



JIKA ENGKAU BERBUAT BAKTI KEPADANYA, IA AKAN MELINDUNGINYA.

JIKA ENGKAU RAPATKAN PERSAHABATAN DENGANNYA, IA AKAN MEMBALAS PERSAHABATANMU.

JIKA ENGKAU MENGHULURKAN KEBAIKAN, IA AKAN MENERIMA DENGAN BAIK.

IKA ENGKAU MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADA IA AKAN MEMBANTUMU.

JIKA ENGKAU MEMBERI SESUATU BANTUAN, IA MENGHARGAI DAN MENYEBUT KEBAIKNMU.

JIKA ADA YANG TIDAK BAIK PADA DIRIMU, IA AKAN MENUTUPNYA.



Wallahu'allam..