Saturday 31 December 2011

melayu ohhhhhh melayu..

menjadi spesis mamalia yang berbangsa melayu adalah satu kebanggaan yang teramat bagi saya..saya sangat bangga dan bersyukur dilahirkan sebagai orang melayu even tak sepenuhnya melayu..coz bagi saya melayu itu indah dan penuh dengan tradisi..

Maya Karin jadi Gadis Melayu kejap..:)

namun..semakin lama dan lama..sungguh bangsa Melayu itu buat saya sedih, kecewa, duka dan arrgghhhh..
why?

~terlalu bersikap menghakimi.

orang melayu dia suka sangat menghukum dan memandai mandai tentang sesuatu perkara..dia suka memandang sesuatu dari sudut yang negatif dulu barulah dia fikir positif.

contoh..

kawan saya pernah pergi masjid..dia ni tak bertudung..time dia ambik air sembahyang semua mata pandang kat dia dengan pandangan yang sangat mengejek..seolah olah nak cakap " orang mcm ni pon pergi masjid ke"..

~melayu tindas melayu

kerosakan yang berlaku dekat bangsa melayu adalah disebabkan orang melayu sendiri..saya tengok orang melayu..kalu dia nak naik..dia sanggup lakukan apa saja asalkan dia capai hasrat dia..kita tak payah nak bising bisng kalau ada bangsa lain nak tindas bangsa kita kalaulah bangsa kita sendiri yang bagi peluang untuk ditindas..

~melayu penting diri

ramai orang melayu dia tak nak tolong orang melayu lain..dia nak berjaya seorang diri..

pernah sekali saya nak pergi gerai makanan..ada gerai sup..and ada gerai nasi..so saya pergi beli sup kosong..lepas bayar saya pon pergi lah beli nasi kosong..and tiba tiba penjual tu tanya 

"awak beli sup kat situ ke??sorry lah..bos kami tak bagi jual nasi kalu beli sup dekat tempat lain..kalau nak beli nasi kat sini..kene beli lauk kt sini"..

oh my..selfish giler..
pernah jugak saya pergi kedai cina..nak beli charger..tapi kat tempat dia dah habis..
then penjual tu gtau 

" try pergi kedai sebelah..kot2 dia ada stock"..

see?judge it people..

~cakap orang lebih diri sendiri hampeh

melayu suka menuduh.,,bila ade sesuatu perkara terjadi,..dia suka bising bisingkan  biar semua orang tahu daripada nak selesaikan perkara tu baik baik...
and kalau dia nak selesaikan masalah orang..die suke selesaikan dengan cara yang mengaibkan..

contoh 
ade orang pinjam duit dgn dia sebab nak bayar bil hospital....then dia tolong..ya tolong..tapi at the same time..5 minit lepas tu..satu malaysia tahu yang orang tu pinjam duit dia..

pastu suka sangat cakap buruk tentang orang..
tapi diri sendiri lebih worse lagi..cakap anak orang bohsia la..anak orang mat rempit la..padahal anak sendiri dah dah tahun awal jadik ..........????

~darjat.

percaya atau tak..melayu yang dulu dah hilang..yang tinggal melayu yang ego,sombong malahan melayu yang suke membeza bezakan..
sorry to say la..even pemimpim pemimpin pon yang cakap bla..bla.......??? tapi dia sendiri sombong ngn rakyat..

orang miskin dengan miskin..kaya dengan kaya..pipit sama pipit..enggang sama enggang..

orang miskin brtambah miskin..

saya bukan nak puji..tapi saya pernah nampak la..pakcik  saya dia suka sangat pergi chinatown and saya tengok..orang orang cina kat situ..diorang boleh je duduk semeja minum teh..berbual bual..even ade yang datang dengan basikal..even datang denganmotor..and even ade orang kaya giler babas kat situ....diorang boleh main mahjung sama sama..minum sama sama..sebab ape?sebab diorang bersatu dan tak membeza bezakan..

kalu orang melayu..even nak jumpa ketua kampung dah kerek mcm nak jumpa Pm..seriously..

~dengki kejayaan orang

melayu bila dengar kejayaan orang..akan cepat je ada cerita cerita tak enak kat belakang..
contohnya

 mamat ni bekas penagih dadah..now dah jadik businessman berjaya..
and bila semua orang puji yang mamat ni dah berjaya..kaya..baik..and akan adalah yang busuk hati yang cakap mcm ni..

.Yeke baik... dulu dia tu penagih dadah......dia tu bla..bla..bla...

and akibatnya??
mamat tu yang nak mula hidup baru pon terus menerus membawa nama yang busuk akibat dari hasad dengki orang..

kenapa ye?
kenapa kalau orang tu berjaya..kita nak sebut buruk dia?
kenapa kalu dia berjaya kita tak nak sebut baik dia??

~benci pada orang yang mencuba..

orang melayu kalu dia malas mencuba..kalau die tak reti..die seharusnya bangga pada org yang reti and suka mencuba...tapi tak..
dia suka mengejek and pandang rendah pada bangsa sendiri..

Orang cina cakap melayu tungganglanggang..cakap english yang ade sound soun bahasa cina..orang cina tak bising and tak jadikan satu isu yang besar pon..

tapi orang melayu..kalau cakap english salah sikit..prounance ade slang2 kemelayuan sikit..mula la kondem..mula lah buat orang tu rasa down like..

tak yah speking la kalu tak reti..
tak yah tulis dalam english la kalau english broken giler..

ntah..pandangan saya..kenapa kita nak membenci pada usaha orang lain untuk membaiki diri??

sebenarnya semua bangsa ade baik dan buruk..semua bangsa ade kena puji dan kena kutuk..tapi biar pi la ngn bangsa lain..kita melayu..kita yang kene ubah mentality kita..mana hilangnya nilai2 murni dalam bangsa kita??
berubahlah..



Cinta jangan sampai Mengemis..



Perempuan bila dah sayang pada lelaki..biasanya dia akan sayang melebihi apa yang sepatutnya..

kadang kadang demi lelaki tersebut..kita sanggup segalanya..then..once sang lelaki mula menunjukkan riak yang seolah olah nak tinggalkan kita..time tu kita sanggup berhabis berkorban apa saja demi nak selamatkan hubungan tu..

for those yang berada in that situation..saya nak bagitawu beberapa perkara..

do you remember this saying?

if u cant save a relationship..at least save your pride..

memang sangat betullllllll kan...

bila sesuatu hubungan tu mula goyah..tak salah untuk kita try discuss and setelkan dengan cara yang paling baik..



tapi jangan terlalu keterlaluan...Jika dia mempunyai perasaan untuk anda maka dia akan datang kepada kita..tapi jika dia tidak mempunyai perasaan maka pergilah kita mencari di tempat lain..bukan kepadanya....

Menunggu siapakah pemilik hati kita....?

jangan sampai kite merayu rayu..menangis nangis..meratap dan buat apa saja untuk dia, dapatkan dia kembali..untuk apa???


Lelaki yang betul betul ambik berat pasal diri kamu, kamu tak perlu sampai nak MENGEMISSS sebegini..betullll



kenapa kita nak menzalimi diri kita?? sedangkan Allah tak pernah zalimi kita..jangan hanya kerana lelaki yang singgah sekejap je dalam hidup kita..kita rasa dunia ni dah kiamat bila dia dah tak ada dalam hidup kita..

ingat..mak ayah kita tak pernah nak buat macammacam kat kita..inikan pula dia..dia siapa nak buat kita merayu rayu just untuk hidup bersama dia?
no need my dear..

kita harus jaga maruah kita..jangan gadaikan maruah kita untuk segalanya..

Yerr..kadang kadang bercakap lebih senang dari melakukan..tapi kita kena bangkit..hidup kita terlalu singkat untuk dibazirkan dengan menangis..merayu hanya untuk mendapatkan cinta sang lelaki..HORMATILAH diri kita sayang..Jangan buat diri kita ni LAPAR sangant dengan CINTA dia..


menangislah andai dapat hilangkan bebab tapi menangis bukan sampai mnjatuhkan maruh..



kadang kadang ada diantara kita perempuan yang terpaksa merayu rayu dekat lelaki hanya kerana kita pernah terlanjur atau buat sesuatu yang over limit dengan dia..so nak tak nak..kita terpaksa menagih dan melutut untuk that stupid love..
its actually NO!!!



ya..saya akui itu...kadang kadang perempuan fikir maruah sudah tak ada nilainya sebab dia dah terlebih terbelot dari landasan..but itu adalah sgt salah..sebab maruah itu sangat subjektif..
ingat..



biarlah maruah kita hilang sekali jangan berkali kali..
biarlah kita buat kesilapan sekali but jangan berkali kali..
normal manusia jadik bodoh tapi kadang kadang ja..manusia takkan jadi bodoh untuk sepanjang masa..


Tengok Mr. Bean...lawak dia ja yang nampak bodoh,..tapi OTAK dia tak bodoh..:)



bila orang dah tak mahukan kita,..no need untuk kite memaksa dia untuk menerima kita kembali just semata mata kita pernah melakukan kesilapan yang besar dengannya..

Jangan buang masa merayu padanya tapi merayulah pada Allah..


Allah lebih memahami apa yg kita mahukan..pohonlah kpdnya...

and kadang kadang sebagai manusia..kita melakukan kesilapan terhadap pasangan kita..kadang kadang kita pernah tinggalkan dia..or sakitkan hati dia..kita bukan malaikat untuk menjadik baik all the time..



dan selepas kita mintak maaf dan mengakui kesilapan kita..selepas kita berusaha untuk menyelamatkan hubungan kita..die tetap dengan keputusan dia..malah siap mengejek ejek dan menyakitkan hati kita berkali ganda..

for me..baik kita HENTIKAN !!..jangan kamu hilangkan maruah kamu untuk meratap ratap dan menangis yang keterlaluan hanya kerana kamu yang salah..
ingat..

sesuatu yang hendak dilakukan biarlah sederhana saja.dia siapa sampai layak menghukum kita dengan sadis sekali?

Allah yang maha agung dan besar pon tidak menghukum kita sesuka hati..inikan pula seorang manusia yang tak punya apa2??

BETUL KAN SAYA CAKAP.....?

Jangan merayu rayu sampai macam ni sudah yer...:)

so..TAKE NOTE..

"Treat yourself as a person of value. Prize yourself, as the one who loves you will prize you. .."

Thanks for reading this

Friday 30 December 2011

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


sungguh benar..nak jadikan hidup kita ni happy..tak semestinya kita kena kaya raya..dapat husband hensem gila..naik kereta mewah gila..pastu study dapat first class and etc..

semua orang nak yang terbaik tapi tak semua kita dapat..tapi tu tak bermakna kita tak dapat nak bahagia..

kita yang membuat acuan untuk kebahagiaan itu


orang naik basikal pon kadang kadang hidup dia lebih heaven daripada kita kita ni yang naik bmw...


kadang kadang BMW tak mampu mmberi kebahagian sepetimana BASIKAL buruk yang usang..


kadang kadang orang cacat lebih behahagia hidup dia daripada orang yang sempurna segalanya..
and why?

cacat tak semestinya tak akan mendapat kebahagiaan dan kejayaan..


sebab dia pandai and bijak gunakan peluang..
saya admit..saya orang susah..semua nak tak dapat..saya tak macam anak anak orang kaya yang selalu dapat yang terbaik..

saya biasa biasa saja..tapi apabila saya tahu apa kelebihan yang saya ada..saya jarang sia siakan..saya akan gunakan ia sebaik baik nya untuk buat hidup saya lebih baik dan bahagia..

pokoknya..
diri kita..kita adalah apa yang kite fikirkan..kalau kita fikir susah..susahlah kita..kalu kita fikir bodoh..bodoh la kita... senang kan....

Thursday 29 December 2011

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan...


manusia kadangk adang selalu takut pada risiko..pada kata kata negatif orang..kadang kadang kita tak dapat nak jadi diri kita hanya kerana kita takutkan orang lain..apabila kita buat sesuatu..selalu fikir orang lain akan ketawakan kita..pastu terus kita jadi down..tu sebenarnye sangat salah..


kalau takut dilambung OMBAK..jangan berumah di tepi pantai..


kita hidup sekali..peluang kadang kadang tak datang selalu..so apa salahnye..jadilah apa yg kita nak..

macam saya..kalau saya nak buat sesuatu..tak kisah  la orang nak ketawa ke..perli ke apa..asalkan apa yang saya buat tu tak terkeluar dari batasan syarak


Usah risau dengan ketawa mereka..ketawa mereka tak mampu memberi kejayaan kepada kita...




pernah orang sound saya dulu..kau bukannya terrer english..nanti time kau kerja susah kau..bla.bla.

tapi bagi saya..tak kisah la..yang penting saya tahu apa yang saya nak..and kita  takkan susah susah nak berusaha nak jadi terrer macam yang lain sebab kita buat bukan nak nampak perfect depan mata semua..

kita buat untuk memuaskan hati  kita sendiri..plus..tuhan tu maha kaya..


Mintalah apa saja darinya...dia mengetahui apa yang kita perlukan..

setiap orang ada takdir masing masing dan 
 jangan  biarkan takdir itu ditentukan oleh orang lain..simple as that..

Susah mereka susah kita juga

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, ia mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula.

Kadang kadang bila kita nak cakap sesuatu tu..kita kena la fikirkan level orang lain jugak..jangan kita fikir orang tu sama standard dengan kita..


Logik ker kita ni doktor, pastu kita dok bercakap dengan penoreh getah tentang sesuatu yang boleh  buat dia ternganga sambil garu kepala...??

 tak pon..kita bila  cakap tentang okey je barang naik..okey je minyak naik..okey je apa apa yang  naik..cakap pulak kat depan orang yang kais pagi makan pagi kais petang tak boleh makan2?pastu duk argue dengan orang tu tak reti bersyukur la ape la...cuba try kita letak diri kita kat tempat orang tu pulak..?cmacam mana..??


orang selalu kalau nak tengok sesuatu..tengok dari pandangan dia..fikir dengan level dia..habis tu orang lain macam mana??
sakit hati kita..kita duk bising bising..ha

bis tu sakit hati orang macamana pulak?kan?kan



tepuk dada tanya lah iman kita...
cuba letakkan kesusahan orang lain dalam diri kita..mana nak tahu suatu hari nanti mungkin kita seperti mereka......?

don't couple - couple n cintan cintun

dear sisters and brothers..

Saya  nak tanya korang sikit la..tak de boyfriend/girlfriend boleh bawa matikah??oh no no..even tak de husband pon still bleh bernafas..so..knapa nak terlau brsusah payah sangat..?? i dont know but i think recently..budak2 lagi aktif bercinta berbanding ngan golongan2 tua macam aku..buktinye?ramai my girl friends still tak de bf..tumpukan pada career..but kalau keluar je..mesti akan nampak budak sekolah or budak2 yang under age berkapel -kapel..then..dont be surprised kalau kat facebook..budak2 remaja lagi aktif update status cinta cintun..

and bile frust menonggeng..everything under the mess..semua tak tahu kemana..am i rite??
so?cool ke ade bf/gf?? seriously kita sbnarnya tak perlu ada gf or bf utk jd cool..i talk based on my experience..bercinta or having a bf/gf terlalu awal sangat2 melaghokan..sangat2..lagho!irepeat..lagho!
in fact..ianya tak berguna sesen pon..tak payah la korang cakap..ala..ade bf bleh gak jadik teman sunyi..ade bf leh wat sumber inspirasi..no..no..

selain daripada perasaan cover line yang konon2 bf tu leh jadik sumber inspirasi or peneman sunyi..ianya melagho kan..merugikan..buang masa..tenaga..and duit..jugak akan mengakibatkan tumpuan kite pada pelajaran terganggu..

padahal relationship tu berbatu batu lagi jauh hala tujunye..couple ni banyak membawa kepada kelalaian..kalau tersalah langkah..bleh bawak kerosakan..tu tak termasuk lagik time gaduh or frust..lagi terok  jadinye..tu tak termasuk kena control lagik..tak bleh kawan ngn orang tu..tak boleh buat benda tu..tak boleh pergi sana situ..tak ke bazir camtu je masa mude padahal orang tu bf/gf kite je pon..bukan suami..pastu bile hubungan tu terputus tengah jalan..baru lah rase nyesal..

time kat university pon kadang2 not so good ber bf/gf..lagho jugak..but it can be acceptable la kn..tapi kalau di awal remaja..tak payah lah kot sayang..trust me...tak bg apa2 klbihan pon kat kita..

one day..bile kamu dah cukup2 matured..kamu akan berasa sangat2 bodohnye kamu dulu..kalau aku tak bercinta..pasti aku tak lawan cakap mak aku..kalau aku tak bercinta..pasti result aku best giler..kalau aku tak bercinta..pasti tak bazir masa aku yang macam emas tu..

pendek kata..berpada padalah..kalau kite dah beransur ke alam dewasa..its okay la kan nak mencari teman hidup..kalau kite still muda remaja..banyak benda lagi yang kite nak kena buat..cuba la untuk elakkan diri dr hubungan yg serius mcm ni...sebab dunia kite still lagi sempit dan tak terbuka luas lagik..kalau setakat nak berkawan and kenal hati budi..okay lah kot..tp kalau nak buat cinta mati siap satu dunia tahu..thats really not cool sayang..

so..JANGAN BUANG KAMU PUNYA MASA/TENAGA/DUIT/PERASAAN/UMUR

 dan terperangkap dalam hubungan karut marut ni bcoz ia kan mnyebabkan kamu jadi degil, bodoh, cpat marah dan macam2 lg la..

And make sure PERINGATAN untuk diri saya juga kadang2..:)

Friday 16 December 2011

tipsssss dari RASULULLAH

Jom HAWA kita tengok apa yg Rasulullah sampaikan nota untuk kita....!!!

PERTAMA
dunia ailah PERHIASAN  dan sebaik baik perhiasan adalah WANITA yg SOLEHAH..

KEDUA
hawa- hawa yg keluar rumah dgn memakai HARUMAN  dan berlalu di depan LELAKI AJNABI iaitu bukan muhrim kita dgn tujuan agar mrk mencium bawu harumannya itu, maka ia adalah perempuan zina, dan yg mmandang itu juga adalah zina..

ke3 :
 lelaki yg mrngahwini wanita itu mstilah kerana AGAMANYA, HARTANYA, KECANTIKANNYA dan KETURUNANNYA..tp pilihlah yg kuat agamanya krn kamu akn BERUNTUNG...

yg ke 4 pula :
 Hawa yg PUASANYA di bulan ramadhan cukup SEBULAN, solatnya 5 WAKTU, menjaga KEHORMATAN serta TAAT pd suaminya..maka Allah bgi CAN kat kita utk PILIH ja mana- mana PITU SYURGA yg kita nak masuk...bertuahhnyaaa   kitaaa.........

KELIMA
Perempuan yg melabuhkan pakaiannya dlm keadaan berhias BUKAN utk SUAMINYA atau muhrimnya maka akan GELAP GELITA di hari Kiamat...TIADA NUR untuknya...

ni masa sy anak dara lg taw..;)

seterusnya yg ke6 :
 ISTERI yang lari KELUAR dari rumahnya maka segala amalan SOLATNYA tak akan diterima sehinggalah dia balik dan MENGHULURKAN TANGAN kpd suaminya dgn MEMINTA MAAF..


KE7:
 Isteri- isteri yg TAAT pada suaminya maka Allah kata semua burung- burung di udara, ikan- ikan di air, malaikat- malaikat di langit serta bulan dan bintang akan sentiasa BERISTIFAR untuknya selama mana dia taat dan diredai suaminya....

yang ke 8 pula :
 mana- mana isteri yg berdiri di atas kakinya dgn MEMBAKAR ROTI utk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka Allah HARAMKAN muka dan tangannya dari BAKARAN API NERAKA...

agak- agak ada tak isteri yg berani wat macam ni utk husbannya...?

KESEMBILAN :
 isteri- isteri yang MENOLONG suaminya dalam urusan AGAMA maka Allah akn memasukannya ke dalama SYURGA trlebih dahulu dr suaminya krn dia MEMULIAKAN suaminya di dunia dan juga akan mendapat PAKAIAN dan BAU- BAUAN syurga utk turun ke mahligai suaminya itk mngadapnya..

KE 10 ialah : 
Allah kata jika tiap- tiap isteri itu MEMINYAKKAN RAMBUT dan JANGGUTNYA, MEMOTONG KUKUNYA., dia akan diberikan minum sungai syurga, Allah akan MENGIRINGINYA ktika SAKARATULMAUT dan Allah akan jadikan KUBURNYA itu seperti TAMAN- TAMAN serta Allah akan mncatatkan yg dia akan trlepas dari Api neraka dan dia akan selamat melintasi TITIAN SIRATUL MUSTAQIM...

ni baru taman kat dunia..

kE 11
mana- mana wanita yg berkata pada suaminya yg dia TIDAK PERNAH MENDAPAT APA2 KEBAJIKAN pun dr suami maka Allah akan MENGHAPUSKAN amalanya selama 70 TAHUN  event dia berpuasa di siang hari atau beribadah pd malamnya..

ke 12
apabila wanita itu SAKIT nak BERSALIN maka Allah akan catatkan pahalanya sepertimana mrka yg BERJIHAD di jalan Allah 

dan yg TERAKHIR
Apabila wanita itu melahirkan anak..maka GUGURLAH segala dosa dosanya seperti mana ia DILAHIRKAN oleh ibunya dulu...

hurmmmmmm MasyaAllah....wahai HAWA- HAWA sekalian..tengokkkk....mudah kan nak jadi buah hati Allah...buat jer tip tip ni..bukannya susah pon...ingat !!! 

ALLAH NOMBOR SATU tp SUAMI bukan Nombor dua...

 renung2 kan dan selamat beramal...

Wallah'ualam...

Thursday 15 December 2011

tak susah pon nak jadi SOLEHAH..

: WANITA ITU PERHIASAN DUNIA :


ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ni ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.




Bukan susah pon sebenarnya nak menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan pandai menambat hati suami, mereka boleh ja nak menduduki carta tu.






Ada juga yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek yg jenamanya mahal yang berharga ratusan ringgit.






Pandangan isteri yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya... Kelembutan dan kehalusannya berbicara
seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih...?? Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi...

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambutkepulangannya di muka pintu..??

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya..






Bayangkan la suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah pula kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga...sjuk hati si suami tu kan..






Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami ni jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.
Mungkin ada yang kata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung la isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.



Tawu tak,Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.






Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki...






Jadi untuk wanita- wanita solehah dan yg bakal- bakal jadi solehah janganlah kita anggap semua ni perkara biasa..perkara biasa ni la kadang- kadang yang membuat kan kita tak jadi solehah..:) Oleh itu SENYUM la selalu...






Wallahu'alam...