Tuesday, 3 January 2012

Ikhlaskah kita...........?




Perlu kita tahu kalau nak bagi sesuatu dekat orang..pastikan bagi dengan ikhlas even hanya sekeping roti..sebab apabila kita memberi sesuatu dengan ikhlas..orang yang menerima itu pasti akan merasainya..



tentang ikhlas ni kadang kadang kita selalu pandang remeh..kita bagi sesuatu kat orang lain so kita harap orang itu akan menghargai kita..padahal kita bagi tak ikhlas mana pon.bila orang tu tak menghargai kita dan apa yang kita lakukan..kita terus rasa kecik hati..

INGAT..
sesuatu yang ikhlas pasti akan masuk kedalam hati orang yang menerimanya..bukan setakat pemberian barang barang, nasihat, teguran dan cinta pon harus diberi dengan ikhlas..ikhlas yang sebetul betul ikhlas..

kadang kadang kita sedih kerana cinta kita tidak dihargai..padahal pernahkah kita terfikir..ikhlaskn kita mencintai dia?adakah kita mencintai dia hanya kerana rupa atau hartanya??

setiapkali kita sedih dan merasakan orang yang kita sayang tidak menghargai kita.akah kita cepat cepat cerminkan diri kita sendiri..ikhlaskah kita?

kadang kadang bila kita tolong kawan kita..pastu kawan kita take for granted je.. dan kita terus ungkit ungkit..marah marah dan sakit hati..

tapi pernahkah kita terfikir..
padanlah dia tak menghargai kita kerana kita sendiri tidak ikhlas melakukan nya..


sama juga dengan pujian..kadang kadang orang tu memuji kita berjela jela..tapi kita boleh rasa dia tak ikhlas puji kita..kadang kadang orang tu puji kita dengan satu ayat je..tapi masuk dalam dalam dlm hati kita..


Disini suka untuk saya katakan bahawa..ikhlas tu sangat penting..bukan pada kata kata..ikhlas pada hati..buat sesuatu dengan ikhlas even orang tak tahu..sebab orang yang menerima dengan ikhlas akan dapat merasakannya..

suka  juga saya nak share disini apabila kita sendiri ikhlas bersahabat dengan seseorang..ikhlas memberi dan menyayangi seseorang..pasti orang yang menerima itu dapat merasainya dan menghargai kita..



JIKA ENGKAU BERBUAT BAKTI KEPADANYA, IA AKAN MELINDUNGINYA.

JIKA ENGKAU RAPATKAN PERSAHABATAN DENGANNYA, IA AKAN MEMBALAS PERSAHABATANMU.

JIKA ENGKAU MENGHULURKAN KEBAIKAN, IA AKAN MENERIMA DENGAN BAIK.

IKA ENGKAU MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADA IA AKAN MEMBANTUMU.

JIKA ENGKAU MEMBERI SESUATU BANTUAN, IA MENGHARGAI DAN MENYEBUT KEBAIKNMU.

JIKA ADA YANG TIDAK BAIK PADA DIRIMU, IA AKAN MENUTUPNYA.



Wallahu'allam..